Ruangan Iklan

Thursday, June 27, 2019

APLIKASI BUKU TUNAI 2019 - CARA TAMBAH ROW DAN CARA DOWNLOAD

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga kalian yang mengunjungi blog dan channel Ikhlas Azali berada dalam keadaan sihat, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam perlindungan Allah swt...

Aplikasi buku tunai ini saya sediakan khas untuk sesiapa yang suka menguruskan kewangan individu atau kewangan syarikat kecil-kecilan. Tujuannya adalah untuk memudahkan anda membuat penyata bulanan bagi setiap perbelanjaan harian. 

Anda boleh memuat turun file Buku Tunai ini dan anda perlu menonton video cara-cara menggunakan buku tunai tersebut.


Lihat video cara menggunakan buku tunai 2019 di sini.


Video ini pula adalah cara untuk download buku tunai tersebut dan cara menambah row pada buku tunai tersebut.

Wednesday, June 26, 2019

RAJA BUAYA SARAWAK TANGKAP BUAYA LAGI

TANGKAP BUAYA SEORANG DIRI

Abg Mazlan yang dikenali dengan gelaran Raja Buaya pakar menangkap buaya walau pergi ke sungai seorang diri. Keberanian beliau telah menjadikan orang kampung sangat kagum dengan kebolehannya. 
Walaupun demikian, beliau tidak menangkap sesuka hati reptilia tersebut. cuma atas perintah pihak berkuasa sama ada untuk menangkap atau membunuh. Buaya ini akan dihantar ke Bahagian hidupan liar untuk tujuan perlindungan.
TERIMA KASIH KERANA MENONTON.


Sunday, June 23, 2019

BAGAIMANA MENJADI YOUTUBER YANG MENJANA INCOME LUMAYAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga kalian yang mengunjungi blog dan channel Ikhlas Azali berada dalam keadaan sihat, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam perlindungan Allah swt...

Pada tahun 2010 saya pernah mempelajari cara membuat video dan merekod screen dengan aplikasi yang saya tak ingat la namanya.. Tapi sekarang dah boleh guna power point untuk menghasilkan video tutorial di screen laptop atau pc anda. 
Untuk melihat bagaimana cara penghasilan video melalui power point sila klik


Menjadi seorang youtuber berjaya bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan kesabaran dan istiqomah dalam melakukannya. Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan membina akaun gmail dan seterusnya akaun youtube. 

Lepas tu akaun youtube anda perlu disetting untuk dimonitize iaitu tempat google memasukkan iklan. Apabila akaun anda telah di monitize, barulah anda mula menjana wang daripada google.

Langkah-langkah menjadi youtuber ni mudah, tapi menunggu ianya berhasil adalah memakan masa dan memerlukan teknik yang berkesan untuk mencapai sasaran yang google kehendaki.

Kini google menetapkan syarat khusus untuk menjana pendapatan dengan google adsense adalah:
1.  Video anda hendaklah ditonton selama 4000 jam dalam tempoh 12 bulan.
2.  Akaun youtube anda mesti mencapai 1000 subscriber. Tak kira berapa lama anda capai.

Selepas itu barulah akaun youtube anda di Qualify dan mendapat lesen daripada google adsense. Bila dah dapat ni...memang hati riang gembira di hari raya lah jawabnya. Lepas tu, kita kenalah jaga peraturan-peraturan dengan google terutama soal copywrite... yang ni bahaya. Akaun youtube anda boleh digantung seumur hidup jika lakukan kesalahan selepas kali ketiga.

So, jangan sekali-kali ambik video orang lain, muzik orang lain tanpa kebenaran, dan membuat rakaman tidak sah seperti konsert, bola sepak, dan sebagainya milik syarikat penerbitan lain. Ini juga perlu kebenaran..

Seeloknya anda perlu membuat sendiri video-video anda dari pelbagai tema dan topik.

Saksikan bagaimana memulakan carier anda sebagai youtuber di Malaysia.





Saturday, June 22, 2019

e-RPH MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga kalian yang mengunjungi blog dan channel Ikhlas Azali berada dalam keadaan sihat, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam perlindungan Allah swt...

Kali ni saya nak share cara paling mudah untuk cikgu-cikgu buat Rancangan Pelajaran Harian bagi mata pelajaran Matematik sekolah rendah.

Dengan adanya e-RPH ini, cikgu-cikgu diluar sana akan lebih mudah membuat persediaan pada setiap hari berdasarkan objektif dan apa yang ingin dicapai pada hari itu..

cikgu-cikgi boleh lihat video ini menerusi youtube dan scroll ke bawah lihat description. Saya ada letakkan link untuk download e-RPH ini secara percuma. Setelah download, harap cikgu-cikgu tidak segan silu untuk like, subscribe dan share video tersebut kepada rakan-rakan cikgu yang lain.
In Sya Allah, semoga bermanfaat...



UPGRADE LAPTOP ACER DARI HHD KE SSD

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga kalian yang mengunjungi blog dan channel Ikhlas Azali berada dalam keadaan sihat, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam perlindungan Allah swt...

Pergi kedai komputer tanya berapa kos nak upgrade atau tukar hard disk HHD ke SSD nak bagi lebih laju.. technition tu kata tukar benda tu kena install window dan lain2... charge yang dikenakan sebanyak RM150... 
Fuhh.. mahal giler... tapi memang gitu lah kalau kita suruh kedai tukar.

Saya ambik keputusan nak upgrade sendiri jer... beli SSD dan SSD Caddy saiz  tebal 9mm... sesuai untuk laptop saya.. ALHAMDULILLAH  menjadi...
Mula memang agak susah.. tapi lepas usik-usik dan faham benda-benda yang nak ditukar akhirnya dapat juga..

Saksikan video cara saya yang berguna untuk anda:
Jangan lupa like, subscribe dan share jika bermanfaat.



KAEDAH RUMAH SIFIR SANGAT MUDAH DAN BERKESAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga kalian yang mengunjungi blog dan channel Ikhlas Azali berada dalam keadaan sihat, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam perlindungan Allah swt...

Ini satu lagi kaedah sifir yang sangat mudah dan cepat. Saya pernah cuba beberapa orang murid tahun 3 membuat sifir ini di hadapan perhimpunan dan hasilnya mereka mampu menulis sifir 1 hingga 9 hanya dalam masa 3 minit sahaja... 

Latih selama seminggu sahaja, in sya Allah, pasti mudah...

Saksikan video cara membuat rumah sifir ini

Klik :   https://youtu.be/X81-fXb6q94