Ruangan Iklan

Sunday, June 23, 2019

BAGAIMANA MENJADI YOUTUBER YANG MENJANA INCOME LUMAYAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga kalian yang mengunjungi blog dan channel Ikhlas Azali berada dalam keadaan sihat, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam perlindungan Allah swt...

Pada tahun 2010 saya pernah mempelajari cara membuat video dan merekod screen dengan aplikasi yang saya tak ingat la namanya.. Tapi sekarang dah boleh guna power point untuk menghasilkan video tutorial di screen laptop atau pc anda. 
Untuk melihat bagaimana cara penghasilan video melalui power point sila klik


Menjadi seorang youtuber berjaya bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan kesabaran dan istiqomah dalam melakukannya. Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan membina akaun gmail dan seterusnya akaun youtube. 

Lepas tu akaun youtube anda perlu disetting untuk dimonitize iaitu tempat google memasukkan iklan. Apabila akaun anda telah di monitize, barulah anda mula menjana wang daripada google.

Langkah-langkah menjadi youtuber ni mudah, tapi menunggu ianya berhasil adalah memakan masa dan memerlukan teknik yang berkesan untuk mencapai sasaran yang google kehendaki.

Kini google menetapkan syarat khusus untuk menjana pendapatan dengan google adsense adalah:
1.  Video anda hendaklah ditonton selama 4000 jam dalam tempoh 12 bulan.
2.  Akaun youtube anda mesti mencapai 1000 subscriber. Tak kira berapa lama anda capai.

Selepas itu barulah akaun youtube anda di Qualify dan mendapat lesen daripada google adsense. Bila dah dapat ni...memang hati riang gembira di hari raya lah jawabnya. Lepas tu, kita kenalah jaga peraturan-peraturan dengan google terutama soal copywrite... yang ni bahaya. Akaun youtube anda boleh digantung seumur hidup jika lakukan kesalahan selepas kali ketiga.

So, jangan sekali-kali ambik video orang lain, muzik orang lain tanpa kebenaran, dan membuat rakaman tidak sah seperti konsert, bola sepak, dan sebagainya milik syarikat penerbitan lain. Ini juga perlu kebenaran..

Seeloknya anda perlu membuat sendiri video-video anda dari pelbagai tema dan topik.

Saksikan bagaimana memulakan carier anda sebagai youtuber di Malaysia.





No comments:

Post a Comment