Ruangan Iklan

Wednesday, June 19, 2019

APA ITU IKHLAS AZALI

PENGENALAN IKHLAS AZALI

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua follower dan subscriber Ikhlas Azali. Semoga kalian sentiasa dalam keadaan sihat dan walafiat di samping insan-insan tersayang dan sentiasa di bawah perlindungan Allah swt.

Saluran Ikhlas Azali yang saya perkenalkan ini bukan untuk saya suka-suka nak menulis tetapi ia merupakan saluran untuk saya menyampaikan pelbagai ilmu dan informasi berguna kepada semua masyarakat terutama yang beragama islam maupun bukan islam untuk menelusuri apa yang dikatakan MUDAH dalam kehidupan.

In Sya Allah, dengan pengalaman dan pengetahuan saya tentang pelagai perkara yang secara nyatanya sebenarnya adalah milik Allah, saya akan kongsikan segalanya tanpa rahsia dan mohon dimanfaatkan sebaik mungkin demi kesejahteraan sesama insan.


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN IKHLAS AZALI?

IKHLAS AZALI saya maknakan sebagai keikhlasan yang sebenar. Keikhlasan sebenar itu bukanlah dapat diertikan dengan kamus dan bahasa. Keikhlasan itu tidak dapat diukur dengan alat benda dan dilafaz dengan kata-kata lidah. Akan tetapi keikhlasaan yang azali itu sebenarnya Allah telah sebut dan definisikan dalam surah Al-Ikhlas dalam kitab Al-Quran. Namun apabila dilihat dari sudut makna ayat-ayat dalam surah tersebut, tiada satupun yang menyebut tentang ikhlas seperti yang didefinisikan oleh kamus-kamus ciptaan manusia. Jadi, bagaimana ia boleh menjadi makna sebenar Ikhlas???
Cuba tuan puan renung dalam-dalam, apakah yang tersembunyi di sebalik surah Al-Ikhlas sehingga dikatakan ianya membawa makna sebenar keikhlasan. 



HURAIAN MAKNA SURAH AL-IKHLAS

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
Katakanlah Allah itu satu (esa)

Perkara paling paling paling utama dalam hidup adalah mengakui bahawa Allah itu adalah satu (AHAD / ESA).. Bererti hanya Allah sahaja yang WUJUD...
Tiada yang lain selain Allah yang maha esa dan maha besar yang memiliki sekalian yang ada di seluruh pelusuk ciptaan-Nya.
Alangkah kerdilnya kita sebagai hamba yang sentiasa berasa bangga dengan keberaan diri di dunia ini. Sebenarnya apa yang kita miliki di dunia ini adalah milik mutlaq Allah. Allah punya segala. Allah aturkan untuk kita. Kita hanya diperlihatkan pada mata dunia kuat berusaha sehingga mencapai kejayaan dan kekayaan hidup tetapi sebaliknya Allah sebenarnya menunjukkan bahawa kejayaan dan kekayaan yang dimiliki itu adalah milik Allah semata-mata. 
Mana milik kita ? Milik kita TIADA.
Ayat pertama dalam surah Al-Ikhlas ini telah menjelaskan kepada kita bahawa langkah pertama ikhlas itu adalah akui segalanya milik Allah. Sebagai contoh kita nak bersedekah. Kita mengatakan "Saya sedekahkan wang RM1000 ini dengan ikhlas kerana Allah taala". Dengan kata-kata itu sahaja kita telah menunjukkan yang kita adalah pemilik harta itu. 
Jadi ada baiknya kita ubah dengan kata-kata,
"Saya kongsikan rezeki Allah ini dengan saudara.. in sya Allah biar kita sama merasa."
Dan yang paling penting, Kata-kata itu bersandarkan pada nawaitu iaitu NIAT. Hukum niat itu di dalam Qalbu, ia berlaku bukan disengajakan dan tanpa ragu. Jika gerak hati berasa ingin memberi, maka laksanakanlah kerana itu adalah arahan daripada Allah semata-mata.
Maa Sya Allah... La Hau Lawala Quw Watailla Billah... Hati saya tersentuh... 😥😭

A002
Allah tempat bersandar / bergantung;

Ikhlas adalah sandaran kita hanya pada Allah semata-mata. 
Jika masih saling bergantung dan berharap sesama manusia, saling berbalah dan salah menyalahi antara satu sama lain, maknanya hati / kalbu kita masih belum benar-benar mengakui bahawa Hanya Allah (Allah sahaja yang wujud).

Bagaimana kita hendak meletakkan sandaran hanya pada Allah agar kita tidak lari daripada landasan Ikhlas sebenar ini?
Hilangkan rasa memiliki kerana segala yang ada adalah milik Allah. 
Sedikit Ilmu yang saya ada ini juga milik Allah. Bukan milik saya. Saya cuma insan alat yang hanya mampu bergerak atas izin Allah. Mampu berusaha mencari rezeki atas izin Allah. Mampu bercakap juga atas izin Allah. 
Dan jika berlaku apa-apa musibah ke atas diri saya juga adalah atas izin Allah. Inilah yang dikatakan sandaran dan pergantungan 100% hanya pada Allah kerana Allah sahaja yang maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu dan tidak akan bergerak walau sebesar zarah barang sesuatu melainkan dengan izin-Nya.

Persoalannya, mampukah kita melahirkan rasa sedemikian... 
sedangkan selama ini kita merasa bangga apabila dipuja, merasa keji apabila dihina, kita sering menuduh menuding jari atas kesalahan orang, kita sering menilai diri kita lebih hebat dari orang lain tanpa pernah mengaku kalah....
Itu semua dugaan dan ujian bagi kita. Allah berikan nikmat dan rahmat dimuka bumi ini untuk kita kecapi sebenarnya bukan untuk kita miliki tetapi untuk kita kenali siapa pemberi nikmat dan rahmatnya...

A003
Ia tidak beranak, dan tidak diperanakkan;

Tahukah kalian apa isi yang nak disampaikan oleh ayat ketiga ini?
Makna disitu bukanlah nak membandingkan kepada kita yang Allah itu tak beranak dan tidak diperanakkan atau keluar ikut rahim wanita... BUKAN sama sekali.

Ayat ini memberi maksud bahawa Awal Allah Akhir pun Allah. Tiada Allah sebelum Allah dan tiada Allah selepas Allah. Allah itu satu sahaja. Pegangan yang kuat terhadap makna ayat dalam surah Al-Ikhlas ini membimbing jiwa kita agar tidak syirik kepada Allah. Inilah sebenarnya makna Ikhlas... Keikhlasan sebenar itu bukan kita yang lahirkan tetapi Allah dari awal lagi telah aturkan dan kita hanya sebagai alat yang diperlihatkan melaksanakannya... Kadang2 tanpa sedar kita telah melakukannya... 

Maka di sini, hendaklah kita mengakui bahawa Allah telah aturkan dan gerakkan hati kita untuk melakukan sesuatu itu sebagi contoh memberi sedekah dengan fakir miskin dan sebagainya. Dan setelah memberi kepada si penerima, kita juga harus mengakui bahawa Allah telah aturkan dan gerakkan hati si penerima agar berterima kasih pada lahirnya tetapi bersyukur pada Allah yang empunya rezeki... kedua-duanya Allah dah aturkan.. sebab itulah Awal pun Allah, Akhir pun Allah... boleh faham kan... Alhamdulillah...


A004
Dan tidak ada sesuatu pun yang serupa denganNya.

Ayat ini menjelaskan bahawa tiada kita tidak boleh menyamakan Allah swt dengan sesuatu apapun yang ada di muka bumi malah di alam maya ini. Ikhlas yang sebenar itu hanya melihat kepada keberadaan Allah dalam apa jua perlakuan. Membandingkan Allah bukan sahaja dari rupa paras, malah mengatakan yang Allah berada di atas langit juga suatu yang tidak wajar sama sekali kerana Wujud Allah itu tidak bertempat. Allah berada di mana-mana sahaja kita berada kerana itu Dia maha melihat dan mendengar segalanya.
Tidak menyamakan Allah dengan seuatu juga membawa maksud agar kita tidak berlaku syirik dan sentiasa berada pada landasan hamba yang mengenali kebesaran-Nya.


Di sini bolehlah saya simpulkan maksud sebenar Ikhlas Azali adalah NIAT yang semata-mata hanya untuk Allah, kepada Allah dan bagi Allah sahaja. 
Jika memberi, maknanya berkongsi rezeki dan nikmat Allah.
Jika menerima, maknanya bersyukur kepada Allah pemberi nikmat.
Jika merawat dan menerima rawatan, maknanya kesembuhan itu datang daripada Allah. Berterima kasih lah pada orang yang merawat kerana Allah izinkan dan bersyukur kepada Allah..
Wallahualam...

No comments:

Post a Comment